Skip to main content

5 Makanan Viral Malaysia 2020

Adakah anda tertanya-tanya apakah makanan viral di Malaysia yang wajib anda cuba?
Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kepelbagaian jenis genre makanan. Dari makanan Barat, Thai, masakan kampung, makanan Cina, India, Baba Nyonya, semuanya ada. Jelas menunjukkan variasi genre yang boleh didapati di sini.
Makanan yang viral juga merupakan makanan yang kerap menjadi buruan ramai. Tertanya-tanya apakah makanan viral di Malaysia yang boleh dicuba?


#1 Bubble Tea / Teh Boba

Fenomena bubble tea atau lebih dikenali sebagai boba mula viral sejak beberapa tahun lepas. Kegilaan ramai terhadapnya terbukti apabila ada banyak cawangan kafe yang menyediakan boba yang boleh didapati di seluruh Malaysia.

SS15 yang terletak di Subang Jaya boleh dikatakan sebagai lorong boba dek kerana lambakan kedai boba yang boleh didapati di situ. Antaranya ialah The Alley, Daboba, Xing Fu Tang, JLD Dragon dan banyak lagi.


#2 Milo Kepal

Makanan atau minuman yang manis memang menjadi kegemaran orang kita, tidak dinafikan. Buktinya, kebanyakan makanan atau minuman yang viral memang manis-manis belaka. Salah satunya ialah milo kepal.


Milo kepal sudah mula terkenal sejak beberapa tahun yang lepas lagi, namun ianya masih lagi terkenal sehingga kini. Pergi sahaja di mana-mana gerai atau di pasar malam, pasti ianya ada dihidangkan. Lebih enak jika ianya pekat!


#2 Cendol Durian Runtuh

Cendol durian merupakan makanan yang sudah lama bertapak di negara kita. Jadi, ianya bukan satu perkara yang baru. Namun, beberapa tahun lepas, ada satu gerai cendol di Chow Kit yang mula menjadi buah mulut orang ramai.


Cendol durian merupakan makanan yang sudah lama bertapak di negara kita. Jadi, ianya bukan satu perkara yang baru. Namun, beberapa tahun lepas, ada satu gerai cendol di Chow Kit yang mula menjadi buah mulut orang ramai.


#4 Ayam Goreng Keju

Anda pasti pernah terlihat video ketulan ayam goreng yang dililit dengan keju di mana-mana platform di media sosial, bukan? Hidangan Korea itu juga merupakan antara makanan yang sangat popular di Malaysia.


Ianya boleh didapati di K Fry Urban yang boleh didapati sama ada di IOI Putrajaya atau di Suria KLCC. Ramai pelanggan memuji rasa ayam yang rangup serta rasanya yang sedikit manis memang sesuai dinikmati bersama keju.


#5Coconut Shake Klebang

Nama gerai coconut shake ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Pasti kebanyakan pembaca sudah pernah terdengar tentang gerai Coconut Shake Klebang yang teramat terkenal di Melaka ini, bukan?


Anda tidak perlu pergi ke melaka untuk mendapat kan minuman ini. Minuman ini telah banyak dijual kedai - kedai seluruh Malayisa. Minuman tersebut dikatakan sangat sedap – rasanya yang berkrim dan manis ditambah pula dengan rasa kelapa yang segar mampu bikin sesiapa sahaja ketagih dengannya!


Kesimpulan

Banyak juga makanan viral di Malaysia yang sedap dan boleh dicuba. Ini pun bukan kesemuanya, ada banyak lagi yang tidak saya senaraikan. Yang pasti, saya yakin anda pasti sudah teringin untuk mencuba makanan-makanan yang kami senaraikan ini, bukan? Selamat Menjamu Selera!

Comments